Sebanyak 1 Juta Unit Produk Nothing Telah Terjual Setakat ini

TechnologyDigital
7 Dec 2022 • 7:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing kini mengumumkan pencapaian baharu dengan mengesahkan sebanyak 1 juta produk keluarannya telah berjaya dijual dalam masa kurang daripada setahun selepas pengenalannya. Hal ini dikongsi sendiri oleh pihak Nothing menerusi salah satu ciapan terkini di Twitter rasmi.

image is not available

Angka ini boleh dianggap mengagumkan bagi sebuah sebuah syarikat tunas rintis yang hanya mempunyai tiga produk di dalam portfolionya. Melaluinya, mereka telah hadir dengan sebuah telefon pintar menerusi pengenalan Nothing Phone (1), di samping dua aksesori audio nirwayar yang dikenali sebagai Nothing Ear (1) dan Nothing Ear (Stick). Elemen lutsinar yang digunakan oleh Nothing pada kesemua produk keluarannya juga dianggap menarik kerana mampu memberi nilai tambah yang tersendiri berbanding yang lain.

image is not available

Tiada penambahan sebarang produk baharu yang boleh diharapkan dalam masa terdekat ini. Sebaliknya fokus utama Nothing kini lebih tertumpu terhadap aspek perisian seperti integrasi dengan Android 13 dan lain-lain. Hal ini telah disahkan sendiri oleh oleh Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nothing, Carl Pei baru-baru ini.

image is not available

Untuk makluman, harga jualan Nothing Phone (1) di Malaysia bermula RM2,399 untuk variasi 8GB/256G Sementara itu, model lebih besar 12GB/256GB pula boleh dibeli pada RM2,699 sebuah. Seterusnya, Nothing Ear (1) pula berharga RM599, manakala Nothing EarStick ditawarkan pada RM469.