
Semuanya tentang kasih sayang pada Tahun Baru Cina ini oleh Yayasan MR D.I.Y.
Yayasan tersebut baru-baru ini melancarkan inisiatif ‘Wo Ai Ni’, menyebarkan kegembiraan musim perayaan ke-17 rumah kebajikan di seluruh negara.
Usaha itu dimulakan dengan konvoi lori MR D.I.Y yang membawa kotak penjagaan 'Wo Ai Ni' berbaris dalam formasi 'I Love You', yang menarik perhatian pengguna media sosial. Para sukarelawan dari Yayasan tersebut yang dikenali sebagai pasukan MR D.I.Y. Cares, telah menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah kebajikan bagi individu kurang upaya, dengan menghantar kotak-kotak 'Wo Ai Ni' yang berisi barangan bertemakan Tahun Baru Cina dan barangan keperluan harian. Antara rumah-rumah yang dilawati termasuklah Dual Blessing Home di Kuala Lumpur, Beautiful Gate Foundation For The Disabled, dan Malaysia Independent Living Association for Disabled [MILAD], kedua-duanya terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Para sukarelawan juga melawat Persatuan Kebajikan Orang-orang Tua Bahagia Selangor di Petaling Jaya untuk menyambut musim perayaan dengan penduduk warga emas. Ia merupakan satu petang yang penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan di mana para sukarelawan mengadakan permainan dan sesi tarian, membantu penduduk di situ menghias rumah dengan hiasan Tahun Baru Cina, dan mengadakan sesi 'Lou Sang' dan upacara minum teh. Rumah kebajikan tersebut juga menerima RM1,000 dalam baucar tunai MR D.I.Y. yang disampaikan oleh Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh untuk digunakan bagi membeli keperluan rumah.
Mengulas tentang inisiatif itu, Ketua Pegawai Eksekutif [CEO] Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, “Tahun Baru Cina adalah masa untuk mengukuhkan ikatan kasih sayang dengan keluarga dan rakan-rakan. Misi kami adalah untuk menjadikan Tahun Baru Cina kali ini lebih istimewa dengan menyemai semangat 'Ai [Kasih Sayang]' ke dalam perayaan melalui inisiatif ‘Wo Ai Ni’ kami, selain turut meraikan rasa sayang dan belas kasihan yang dirasai oleh rakyat Malaysia antara satu sama lain.”

Yayasan MR D.I.Y. juga menyampaikan inisiatif ‘Wo Ai Ni’ kepada 13 rumah kebajikan dan organisasi lain di seluruh Malaysia. “Kami berterima kasih kepada 17 rumah kebajikan ini kerana membolehkan pasukan MR D.I.Y. Cares membawa perubahan yang positif kepada para penghuni mereka. Bersama-sama, kita mampu menghasilkan perubahan yang sebenar. Kami berharap dengan berbuat demikian, kita bukan hanya memberikan impak yang positif, tetapi juga memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk mengorak langkah yang sama,” kata Zaleha.
Tonton video CSR Tahun Baru Cina MR D.I.Y. di saluran rasmi YouTube. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MR D.I.Y. pada Tahun Baru Cina ini, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.




