Kemunuculan dua individu misteri dalam hidup pemilik rumah penginapan menghancurkan segala kisah kehidupan mereka.
Dua garis masa berbeza, namun jalan cerita kedua-dua pemilik penginapan itu mempunyai kisah yang hampir sama menimpa mereka.
Tanpa disangka pertolongan sekecil itu telah mengubah kehidupan mereka bertahun-tahun lamanya sehingga ada yang menjadi mangsa keadaan.
Jeon Yeong-ha pemilik sebuah rumah penginapan yang dikelilingi hutan telah menolong seorang wanita mengalihkan keretanya yang tersekat dengan lumpur. Wanita berkenaan bersama dengan seorang anak lelakinya tidak banyak berkata-kata tetapi sudah menunjukkan seorang yang berkelakuan pelik.
Apabila pulang ke rumah penginapannya, Jeon Yeong-ha terkejut mendapati rumah penginapannya dikunjungi oleh wanita berkenaan yang dikenali sebagai Seong-a, seorang wanita psiko.
Bermulalah kisah yang merubah segala nasib dan hidup Jeon Yeong-ha. Ketika wanita berkenaan sudah mendaftar keluar, Yeong-ha mendapati ada kesan darah pada piring hitam dan bau peluntur yang sangat menusuk di tandas. Dia mula mengesyaki Seong-a telah membunuh anaknya apabila melihat rakaman papan pemuka mendapati hanya dia seorang sahaja yang mendaftar keluar.
Bagaimanapun, Yeong-ha merahsiakan perkara tersebut kerana dia tidak mempunyai cukup bukti untuk melaporkan kejadian itu. Dia mula lupakan kisah berkenaan dan menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi setahun kemudian, wanita berkenaan muncul kembali untuk menginap menyebabkan Yeong-ha kurang selesa dengan keadaan itu.
Keadaan bertambah huru-hara apabila wanita itu mengetahui Yeong-ha tahu rahsianya. Seorang demi seorang menjadi mangsa keadaan termasuk anak perempuannya sehingga bayi dalam kandungannya gugur menyebabkan Jeon Yeong-ha mula berasa tertekan.
Lake View Motel
Sementara itu, dua puluh tahun lalu di sebuah penginapan di Lake View Motel, Gu Sang-Jun telah mempelawa seorang lelaki masuk ke motelnya tanpa diketahui lelaki berkenaan merupakan seorang pembunuh bersiri. Kejadian pembunuhan yang berlaku di motel berkenaan sudah tersebar luas menyebabkan reputasi motel berkenaan telah merudum. Isteri dan anaknya sangat terkesan dengan perkara itu menyebabkan anaknya sering dibuli oleh rakan-rakan sekelas.
Kejadian pembunuhan yang berlaku pada malam itu juga telah disedari oleh anak lelakinya dan bagi merahsiakan perkara berkenaan, pembunuh itu ‘merelakan’ permainan (games) yang dicuri anak lelaki pemilik motel itu.
Kehadiran seorang anggota polis wanita yang dikenali sebagai Yoon Bo-Min merupakan watak yang menghubungkan antara garisan masa cerita ini. Kejadian di Lake View Motel dan rumah penginapan Jeon Yeong-ha disiasat dan dirungkai oleh pegawai berkenaan.

K-Drama lapan episod ini membawa penonton terbuai dengan rasa sedih dan sebak dengan dugaan yang dihadapi oleh Gu Sang-jun dan elemen suspen dan psiko yang dibawakan oleh Seong-a.

The post ‘Sebatang pokok tumbang di hutan, adakah berbunyi atau cuma sunyi?’ -Kehadiran wanita misteri & psiko, bawa elemen penuh suspen dalam The Frog appeared first on The Reporter.
