Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga

22 Apr 2023 • 8:21 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Elak tertipu anda boleh guna tips ini!

Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga. Lemang adalah hidangan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia diperbuat daripada beras pulut yang diisi dalam buluh dengan santan dan garam.

Lemang biasanya dimakan bersama dengan rendang atau kuah kari pada waktu raya atau majlis-majlis tertentu. Selain daripada itu, lemang juga boleh didapati di kedai-kedai makan atau dijual di tepi jalan.

image is not available
Sebelum Beli Lemang Tepi Jalan, Ini Tips Dapatkan Lemang Elok Dari Peniaga. Kredit: Facebook

Namun, ramai yang mengambil mudah ketika membeli lemang di tepi jalan tanpa mengetahui kualiti lemang tersebut. Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips untuk memastikan anda membeli lemang yang berkualiti semasa raya nanti!

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil

Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

image is not available

3. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

4. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

image is not available

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

Baca lagi artikel menarik: