“Sebelum Buka Mulut, Fikir Dulu” – Nabila Razali Balas Individu Label Lagunya ‘Rubbish Song’

Entertainment
13 Sep 2026 • 11:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Nabila Razali tampil memberikan respons selepas menerima tangkap layar hantaran seorang individu yang didakwa memperlekehkan lagu terbaharunya, Cukup Sampai Sini.

Menerusi perkongsian di Threads, Nabila berkata dia tidak marah dengan komen tersebut, namun mengingatkan orang ramai supaya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti pihak lain.

Advertisement

rubbish song

“Hmm tak marah, cuma kadang-kadang tak semua perkara yang kita fikir itu betul. Jadi, sebelum buka mulut, sebelum taip sesuatu fikir dulu.”

Hantaran berkenaan dipercayai merujuk kepada seorang pengguna yang menyifatkan lagu Nabila sebagai “rubbish song” atau lagu yang teruk, selain membandingkan muzik tersebut dengan lagu penyanyi antarabangsa Adele.

Individu itu turut menyatakan dia lebih rela bekerja selama 22 jam di dapur sendiri berbanding mendengar lagu Nabila pada awal pagi.

Mengulas perkara tersebut, Nabila turut menyindir secara bersahaja individu berkenaan sambil mengingatkan tentang usaha dan penat lelah orang lain dalam menghasilkan sesuatu karya.

“Sesudah itu label rubbish song, tanpa fikir usaha dan penat lelah orang lain.”

Dalam pada itu, Nabila mengucapkan tahniah kepada individu tersebut atas kejayaan dalam pekerjaan, namun mengingatkan bahawa kejayaan tidak seharusnya menjadi alasan untuk merendahkan orang lain.

“Btw congrats sis direzekikan dengan cara kerja sekarang, tak perlu hadap road bullies sekalipun, tapi tanpa sedar sis juga membuli orang lain. Well IYKYK.”

Perkongsian Nabila itu mendapat perhatian pengguna media sosial, dengan ramai dilihat menyokong tindakannya yang memilih untuk memberikan respons tanpa membalas dengan kata-kata kasar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz2026-09-13 10:22:22

“Nak Lagi Gatal!” – Arena Wan Dedah Babak Peluk Aliff Aziz Atas Permintaan M. Nasir

The post “Sebelum Buka Mulut, Fikir Dulu” – Nabila Razali Balas Individu Label Lagunya ‘Rubbish Song’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved