‘Sebelum cakap pasal orang lain, cermin diri dulu’ – Fatiya Latiff mahu heret Zarina Anjoulie ke mahkamah

10 Jan 2024 • 11:59 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Konflik antara dua pelakon, Fatiya Latiff dan Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju, semakin memanas. Dalam kenyataan terkini, Fatiya berhasrat untuk mengheret Anju ke mahkamah kerana telah mengeluarkan kenyataan yang buruk mengenainya.

Fatiya dalam satu kenyataan di Instastory, meminta Anju cerminkan diri sebelum mengkritik orang lain.

Fatiya juga menasihati Anju untuk memakai tudung semula kerana baru sahaja pulang dari umrah.

“Sebelum bercakap mengenai orang lain, cerminkan diri dulu. Pakailah tudung balik sebab kau baru balik dari umrah. Kau lebih tua atau matang daripada aku.

“Kita akan berjumpa di mahkamah, selepas aku pulang dari luar negara,” katanya.

image is not available

Selain itu, Fatiya turut menuduh Anju sebagai pengkhianat dan meminta Anju merasa malu kerana dirinya pernah terlibat dengan kes dadah dan dilepaskan.

“Kau memang pengkhianat dan tolong malulah dengan diri tu. Kau ambil bahan terlarang berulang kali dan selalu ‘terlepas’.

“Aku gesa polis ambil tindakan terhadap kau. Kau dah banyak kali terlepas dan ini tak adil untuk mereka yang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, Anju telah berkongsi pengalaman persahabatannya dengan Fatiya dan mendakwa hubungan mereka terputus kerana sikap Fatiya yang tidak baik. Anju juga mendakwa Fatiya sering berbangga dengan jumlah pengikutnya yang ramai di media sosial.