“Sebelum Ni Jodoh Sesat” – Netizen Dakwa Wajah Nad Zainal Lebih Seiras Dengan Suami Baru Berbanding Bekas Suami

Entertainment
9 Mar 2023 • 4:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal telah memuat naik hantaran gambar di laman Instagram memaparkan dirinya bersama suami baharu, Ungku Ismail.

Menerusi hantaran tersebut, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin dilihat mesra memeluk pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Nad dan Ungku mempunyai raut wajah yang seiras sebagai pasangan suami isteri.

Bukan itu sahaja, peminat turut menyifatkan Ungku sebagai jodoh yang terbaik buat Nad selepas dia melalui perceraian bersama bekas suami, Muhammad Faliq Amirullah.

Malah, ada juga yang mengatakan wajah Nad lebih seiras dengan suami baharunya itu berbanding bekas suaminya.

image is not available

Info tambahan, Nad telah berkahwin dengan Faliq pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata namun berpisah pada tahun 2022.

Pelakon filem Cina Buta itu kembali mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Ismail pada Januari 2023 lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

Nad Zainal Ambil 'Supplement' Kurus, Netizen Luah Rasa Bimbang - "Tak Takut Masuk Hospital Lagi?"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved