“Sebenarnya Saya Sepatutnya Pergi Bertugas MH370” – Kisah Dikongsi Bekas Pramugara Ini Buat Ramai ‘Meremang’

16 Jul 2024 • 5:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) Safuan Bachtiar mendedahkan dia sepatutnya berada di dalam penerbangan MH370, yang dilaporkan hilang 10 tahun lalu.

Kongsi Safuan dalam satu podcast, dia telah mendapat panggilan daripada pihak atasan yang memberinya pilihan dua penerbangan berbeza iaitu Auckland di New Zealand atau Beijing, China.

Sepatutnya saya yang pergi bersama MH370 dan sampai sekarang, kalau saya cerita benda ini, saya masih meremang.

image is not available

 

Pilih Auckland, elaun lebih banyak

Safuan ketika itu memilih untuk bertugas dalam penerbangan ke Auckland kerana boleh berada di bandar itu selama 3 hari dan elaun diberikan juga lebih banyak berbanding ke Beijing.

Sudah tentu saya pilih nak terbang dan bertugas ke Auckland sebab akan adanya elaun untuk ‘night stay’.

Cerita Safuan lagi, sebelum menaiki pesawat sudah menjadi rutin kru kabin untuk berkumpul di ‘briefing room’ dan ketika itu dia sempat bersalaman dengan kru kabin yang lain termasuklah mereka yang bertugas untuk MH370.

image is not available

Namun setibanya dia di Auckland, dia dihubungi oleh ‘supervisor’ dari bilik hotel yang meminta semua kru kabin penerbangan ke bandar itu berkumpul di biliknya.

Bila masuk saja dalam bilik dia kata ada benda nak bagitahu kami sambil buka berita dari CNN. Kru penerbangan lain sangat terkejut tapi saya lagi terkejut dan jantung saya macam nak jatuh dah masa itu. Saya terdiam sebab saya yang sepatutnya berada dalam ‘flight’ itu.

image is not available 4 weeks ago

Selepas 10 Tahun, Britain Akhirnya Kesan Petunjuk Penting Kehilangan MH370 Di Australia Barat?