‘Sebiji macam pak dia.’ Ryan Bakery dedah wajah anak, warganet teruja seiras sangat

Entertainment
2 Feb 2024 • 3:34 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PERSONALITI laman sosial, Ryan Bakery baharu sahaja bergelar bapa. Menyambut kelahiran anak sulung yang dinamakan Ryan Ezra pada 30 Disember lalu, pempengaruh yang dikenali sebagai ‘Budak Bedak’ itu akhirnya berkongsi foto hasil ‘newborn photoshoot’.

Sesi fotografi bertemakan digital creator, si kecil Ezra yang memakai polo shirt duduk di bangku pengarah dengan perkakasan penggambaran filem.

image is not available

“Hai auntie, uncle, atuk, opah semua. Ezra hari ni sudah kena kerja, ganti daddy,” kata Ryan yang pertama kali berkongsi foto wajah anaknya.

image is not available

Kepada portal hiburan tempatan, Ryan pernah berkongsi keadaan Ezra yang dilahirkan lebih awal iaitu ketika kandungan mencecah 36 minggu menerusi pembedahan.

Si kecil yang lahir seberat 2.9 kilogram itu mengalami masalah pernafasan laju, air dalam paru-paru selain jaundis sehingga perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas kelahiran.

image is not available

Kecomelan Ezra mencairkan hati warganet. Selain menzahirkan tahniah kepada Ryan dan isteri, rata-rata mendoakan agar si kecil itu membesar dengan sihat.

Tidak kurang yang bergurau mahu si kecil memakai bedak seperti watak yang sering dibawa Ryan dalam video viralnya.

– “Masya-ALLAH sebiji macam pak dia.”

– “Ya ALLAH comelnya baby Ezra. Semangatnya dia.”

– “Muka bapaknya sangat.”

– “Alahai cutenya Ezra, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.”

– “Ezra dengan berbedak macam bapak ya.”

– “Kena letak bedak dan pakaikan tuala baru bin Ryan Fahmi.”

image is not available

Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery terdahulu mengumumkan bakal bergelar bapa apabila isterinya, Elyia Ibrahim disahkan hamil lima bulan.

Untuk rekod, Ryan dan Elyia berkahwin pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

View Original Article