“Sebijik Macam Korea” – Lancar Video Trailer, Ramai Puji ‘W: Two Worlds’ Versi Malaysia Setanding K-Drama

6 Nov 2023 • 2:54 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siap sedia semua, “W: Two Worlds” versi Malaysia akan menemui penonton tak lama lagi!

Terbaru, Viu Malaysia telah melancarkan video trailer baru “W: Two Worlds”, menampilkan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisya, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Bagi yang belum tahu, “W: Two Worlds” versi Korea adalah sebuah melodrama romantik, yang merentasi dimensi berbeza ruang, antara realiti dan maya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Selepas menonton video trailer tersebut, netizen rata-rata memuji kualiti drama itu dan ada yang menyatakan ianya sama dengan versi Korea yang ditayangkan pada 2016 yang lalu.

Antara komen yang ditulis,

Weyhh sebiji W Koreaa. Tak sabarnyaaa nak tengokkk

 

Aaaaaa sebijik W Two World Koreaaaaa!! Tak sabarrrr nak tengokkk.

 

Antara K-Drama kegemaran saya. Saya pasti akan tonton!

 

Mesti tengok! Ok nak langgan Viu sekarang.

 

Perghhh color grading sebijik mcm K-Drama.

Jangan lupa nantikan “W: Two Worlds” versi Malaysia akan mula ditayangkan pada 30 November ini, eksklusif di laman Viu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article