Sebilangan TV LG akan terima naik taraf webOS 2024, ini senarainya

Digital
5 Jan 2024 • 4:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

LG Electronics mengumumkan program webOS Re:New. Melalui program ini, pemilik TV LG yang tertentu akan menerima kemas kini sistem operasi webOS bagi memastikan pengalaman penggunaan mereka kekal optimum untuk 5 tahun yang akan datang. Berikut adalah senarai model TV yang akan terima kemas kini itu:

  • Semua siri OLED model 2022
  • Semua siri QNED Mini LED 8K 2022
  • LG OLED Flex
  • LG OLED Object Collection Posé

Selain daripada fungsi baharu seperti rekaan UI yang lebih segar serta pertambahan pilihan perkhidmatan penstriman, LG juga memaklumkan tahap keselamatan juga telah dipertingkat. Sungguhpun begitu, mereka tidak berkongsikan garis masa tentang berapa lamakah program ini akan berjalan.

Pasaran TV pintar LG agak besar. Firma penyelidikan Omdia melaporkan yang TV OLED LG menguasai 60% pasaran segmen itu untuk suku 1 2023. Mereka adalah jenama pertama mencatatkan lebih 15 juta pengedaran TV OLED.

Sebanyak hampir 5.5 juta uni t TV OLED dan LCD berjenama LG telah diedarkan dalam uku pertama atau ia diterjemah kepada 17.1% pegangan pasaran dalam tempoh itu.

Sumber: LG, 2