Sebuah lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom

22 Nov 2023 • 3:53 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Sebuah sekolah antarabangsa di Batu Ferringhi dekat sini membuat laporan polis kerana menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Ia menjadikan tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan (gambar) berkata sekolah itu menerima ancaman bom menerusi e-mel pada 9.42 pagi semalam namun membuat laporan polis pada 9.22 pagi hari ini.

“Sekolah itu telah terima satu e-mel daripada individu tidak dikenali (tasktstorrer@beeble.com) mengatakan bahan letupan telah ditanam di sekolah,“ katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata polis menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar menerusi e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Tujuh laporan dibuat di Selangor, Kuala Lumpur (5), Johor (3), Pulau Pinang (2) dan masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan.

Ancaman itu dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com. -Bernama