Sebuah Lagi Telefon Pintar 5G Baharu Oppo Bakal Tiba Di Malaysia

TechnologyDigital
5 Jan 2023 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Membuka tirai 2023, sudah semestinya kita bakal melihat pelbagai penawaran baharu daripada pengeluar. Ini termasuklah Oppo yang mengesahkan bakal hadir dengan sebuah lagi telefon pintar 5G baharu untuk pasaran Malaysia. Maklumat lanjut mengenai peranti ini bagaimanapun masih kekal misteri, ini termasuklah mengenai perkakasan dalaman dan tarikh pelancaran khusus.

image is not available

Bagaimanapun reka bentuk peranti telah diperlihatkan terlebih dahulu dengan sokongan sistem dwi-kamera utama di belakang. Ia diletakkan secara berbeza di dalam dua modul kamera berbentuk bulat bersama sokongan satu LED Flash. Gabungan tubuh sejenis rata bersama kemasan seakan matte turut disertakan dengan pilihan warna seperti hitam dan ungu. Turut melengkapinya, fungsi imbasan cap jari sisi terbina pada butang kuasa dan butang laras audio serta ruang slot SIM pula pada sisi bertentangan.

image is not available

Seperti biasa, kemaskini lebih lanjut semestinya bakal dikongsikan oleh pihak Oppo Malaysia dari masa ke semasa. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved