“Sebulan tak balik Malaysia…” – Anna Jobling mula bintangi sinetron Indonesia

12 Jun 2023 • 3:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Siapa tak kenal, heroin Melur Untuk Firdaus, iaitu Anna Jobling yang akan meluaskan lagi kariernya ke Indonesia selepas beberapa kali menolak tawaran produksi negara jiran itu.

Pelakon yang berusia 23 tahun ini akan ‘bertapa’ di Bali, Indonesia selama sebulan atas urusan penggambaran itu teruja ketika menerima tawaran sebagai salah seorang teraju utama dalam sebuah siri terbaru di platform Over-The-Top (OTT), MNC TV di Indonesia.

image is not available

Tambahan pula, salah seorang pelakon kegemaran Anna iaitu Pevita Pearce merupakan salah seorang pengarah drama OTT tersebut.

Anna tak balik Malaysia sebulan!

image is not available

“Anna sangat gembira untuk membintangi naskah negara seberang kali ini kerana waktu serta watak yang ditawarkan bersesuaian, lagi-lagi Anna akan tinggal di Bali lebih dari sebulan.”

Anna masih belajar dialek Indonesia

Tambahnya lagi, dia bersyukur dan berterima kasih kerana peminat dari setiap negara sentiasa menyokong perkembangannya sehingga ke hari ini malah bahasa dan dialek Indonesiannya juga turut diperbetulkan oleh mereka ketika mereka berinteraksi.

image is not available

Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari peminat kesayangan, Anna rasa lebih yakin untuk teruskan penggambaran drama pertamanya di Indonesia.

Tercalon dalam ABPBH

Sementara itu, di Malaysia, Anna tercalon dalam dua kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan dia juga bersyukur turut mendapat undian dan sokongan daripada peminatnya di Indonesia.