“Sebulan Tu Menangislah Setiap Hari, Lepas Tu Stop”, Kata-Kata Semangat Puteri Sarah Kepada Bella Astillah

Entertainment
20 Jun 2024 • 12:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bella Astillah Puteri Sarah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berterima kasih kepada Puteri Sarah Liyana kerana memberikan kata-kata semangat kepada dirinya. 

Menerusi Instagram, Bella memuat naik satu IG Story menunjukkan perbualannya bersama Puteri Sarah di WhatsApp yang menghantar video dan kata-kata positif kepadanya.

Kalau korang baca, Sarah juga ada tulis yang tak salah kalau Bella nak menangis di awal fasa perceraiannya itu.

image is not available

Bagi masa untuk diri. Sebulan? Sebulan tu menangislah setiap hari. Selepas sebulan stop.

Sebelum ini, Puteri Sarah ada berkongsi gambarnya bersama Bella dan anak-anak dengan kapsyen “Sama-sama kita nikmati perjalanannya” telah mengundang perhatian ramai.

Rata-rata netizen tersentuh dengan nasihat yang diberikan dan mendoakan dua aktres itu terus kuat menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.