Sebungkus nasi bahagi dua, duit poket hanya RM300

LocalPersonal Finance
4 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sebungkus nasi bahagi dua, duit poket hanya RM300

TUMPAT: “Setiap hari saya beli sebungkus nasi pada waktu tengah hari. Separuh saya simpan untuk makan malam sepanjang tiga minggu di Universiti Sains Malaysia (USM).”

Demikian cerita Siti Noor Hidayatul Hidayah Sudin, 20, apabila ibu bapanya hanya mampu memberikan wang saku RM300 ketika menghantarnya ke USM di Pulau Pinang.

Katanya, itu sahaja simpanan yang ada kerana telah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM850 bagi mengikuti pengajian Sarjana Muda Pendidikan Khas.

Katanya, yuran pengajian sebanyak RM1,232 belum dijelaskan meskipun sudah tiga minggu belajar di USM.

“Jika ibu dapat pinjam de­ngan saudara-mara, dia akan kirim wang dalam masa terdekat untuk jelaskan yuran pengajian tersebut,” katanya menerusi panggilan video semasa kunjungan Ahli Majlis Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Che Muhammad Redzuan Jihad di rumahnya di Kampung Bunohan di sini.

Siti Noor Hidayatul Hidayah berkata, dia rela mengikat perut kerana tidak mahu menyusahkan ibunya, Ramlah Abdul Rahman, 52, yang tidak dapat berjalan sejak empat tahun lalu selepas menjalani pembedahan kaki kiri akibat penyakit ken­cing manis.

Katanya, demi membiayai pengajiannya, ibunya yang ber­kerusi roda gigih membuat kuih bersama bapanya, Sudin Matsan, 63.

Bagi Ramlah, doanya sentiasa mengiringi Siti Noor Hidaya­tul Hidayah yang bercita-cita mahu menjadi seorang pendidik meskipun berdepan masalah kewangan.

“Wang simpanan sudah habis digunakan untuk rawatan perubatan saya.

“Walaupun menghadapi kekangan kewangan, saya tahu anak saya kuat semangat untuk menempuhnya,” katanya.

Sementara itu, Che Muhammad Redzuan berkata, GPMS akan menyalurkan maklumat kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USM untuk membantu Siti Noor Hidayatul Hidayah termasuk wang saku, baki yuran dan sumbangan komputer riba.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 7657421192, Siti Noor Hidayatul Hidayah. – UTUSAN

The post Sebungkus nasi bahagi dua, duit poket hanya RM300 appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved