
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial kenyataan pelakon, pelawak dan pengacara, Datuk Afdlin Shauki yang memetik nama penyanyi popular, Aina Abdul sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) pada Sabtu (21 November) lalu.
Afdlin dalam kenyataannya itu secara berseloroh telah meminta Aina atau mereka yang berpakaian seperti penyanyi terbabit untuk duduk di bahagian belakang dewan kerana dibimbangi menghalang penglihatan kamera serta Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Kenyataan Afdlin yang juga ahli politik itu nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang mengecam dengan segelintirnya mendakwa Afdlin telah melakukan penghinaan fizikal atau body shaming terhadap Aina.
View on Threads
View on Threads
View on Threads
Afdlin Shauki Mohon Maaf Kepada Aina Abdul, Tampil Beri Penjelasan
Terbaharu, Afdlin yang juga pelakon utama filem Soal Hati itu tampil memohon maaf secara terbuka kepada Aina Abdul.
Jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, dia tiada niat untuk menyindir penyanyi tersebut apatah lagi dia sememangnya mengagumi dan meminati pelantun lagu Sepi itu.
“Aina, kalau cara abang bergurau malam tu buat Aina rasa tak selesa, abang minta maaf.
“Abang tak berniat nak menyindir Aina. Abang memang big fan dan insya-Allah kalau ada rezeki, abang teringin sangat nak bekerja dengan Aina suatu hari nanti,” tulisnya.
Tambah Afdlin, dia sememangnya mengikuti perjalanan Aina yang disifatkan sebagai seorang yang berani berfesyen.
Oleh kerana itu, dia suka menyelitkan gurauan bersama rakan seni yang dikaguminya.
“Abang memang peminat Aina Abdul. Abang ikuti perjalanan Aina dari jauh, tengok macam mana dia bina nama dan lalui macam-macam untuk sampai ke tahap sekarang.
“Dalam ramai-ramai artis kita, Aina antara yang paling berani bereksperimen dengan fesyen.
“Dia buat dengan begitu konsisten sampai orang nampak busana dari jauh pun dah tahu, ‘Ha, itu mesti Aina Abdul.’ Itu namanya branding yang menjadi.
“Sebab itulah abang petik nama Aina malam tu. Sebagai hos, abang suka selitkan gurauan tentang rakan-rakan seni yang abang kagumi.
“Masa mengacara Anugerah Industri Muzik dulu pun abang pernah bergurau tentang Zee Avi, Sheila Majid, arwah Adibah Noor, Jaclyn Victor dan ramai lagi,” katanya.
Afdlin Shauki Ulas Tentang Isu Body Shaming, Dedah Kenyataan Malam Itu Tentang Saiz Busana
Dalam hantaran sama, Afdlin turut mengulas dakwaan tular mengenai isu body shaming yang dibangkitkan oleh warganet.
Jelas Afdlin, kenyataannya pada malam itu adalah mengenai saiz busana serta kesan terhadap pandangan kamera sekiranya ia berada di hadapan.
“Bila timbul soal body shaming, abang nak jelaskan apa yang abang rujuk. Punchline malam tu tentang saiz busana dan apa jadi pada pandangan kamera kalau busana segah itu ada di barisan depan.
“Abang sendiri dah lama menerima komen tentang tubuh badan, jadi abang tahu macam mana rasanya bila badan kita dijadikan bahan lawak.
“Abang sebut nama Aina sebab gaya dia cukup kuat sampai orang terus kenal. Keberanian dia itulah yang abang nak tonjolkan,” katanya.
Afdlin Terima Teguran, Faham Penerimaan Gurauan Telah Berubah
Tambah Afdlin dalam hantaran sama, dia memahami penerimaan orang ramai tentang gurauan telahpun berubah sejak zama dia mula menjadi pengacara.
“Cara orang menerima gurauan dah banyak berubah sejak zaman abang mula mengacara.
“Sekarang, beberapa saat dari satu malam boleh beredar sendiri dan orang dengar dengan macam-macam tafsiran.
“Sebab itu abang rasa elok abang beri konteks sendiri. Kepada yang menegur, abang dengar. Kepada yang dah lama tak berkenan dengan abang, abang doakan yang baik-baik juga.
“Abang jauh daripada sempurna. Abang cuma cuba buat sebaik mungkin dalam kerja dan dalam hidup,” tulisnya.
Afdlin Turut Muat Naik Hantaran Berserta Foto Busana & Fesyen Aina Abdul Yang Dimaksudkannya
Menerusi hantaran berasingan, Afdlin turut memuat naik imej unik Aina dan mengaitkannya dengan gurauan tersebut.
“Supaya lebih jelas apa yang saya maksudkan dalam FFM-35 adalah fesyen beliau, bukan orangnya.
“She is a gem of a talent in the malaysian music industry. All the best to Aina in her career,” tulis Afdlin.
Baca Artikel Berkaitan: “Pilih La Fesyen Sesuai..” – Netizen Tegur Hiasan Kepala Aina Abdul Didakwa Halang Pemandangan Konsert Big Stage
Baca Artikel Berkaitan: Aina Abdul Belanja RM400,000 Untuk 5 Baju Konsert, Ada Siap Berasap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Busana Guna Rambut Sebenar, Aina Abdul Akui Mahu Tampil Dengan Kelainan






