Sebutan Inkues Kes Zara Qairina Di Mahkamah Esok - Peguam

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 5:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini menetapkan sebutan inkues berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 9 pagi esok.

Peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu mangsa Noraidah Lamat, 45, mengesakan perkara itu kepada Bernama hari ini, dan memaklumkan beliu telah dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Ya, benar esok (inkues)," katanya sambil menjelaskan prosiding itu hanya untuk sebutan.

Pada Rabu, AGC memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina, 13, selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved