Sebutan semula kes amang seksual Naim Daniel 19 Sept

LocalEntertainment
18 Aug 2025 • 1:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Putrajaya menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes penyanyi dan pelakon Naim Daniel yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu.

Kes itu disebut Hakim M Kunasundary di hadapannya hari ini yang menetapkan tarikh berkenaan dalam satu prosiding tertutup.

Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 8.56 pagi, 19 Mei lalu.

Dalam prosiding awal pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin.

Sementara itu, Naim diwakili peguam Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan Hanif.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - 18 Ogos, 2025