Secret Recipe Serikan Hujung Tahun Dengan Kempen ‘Make Life Sweeter’, Perkenal Kek Thai Milk Tea

LocalFood
4 Dec 2025 • 10:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Rangkaian kek dan kafe tempatan, Secret Recipe, melancarkan kempen terbaharu bertemakan “Make Life Sweeter” bagi menambah keceriaan hujung tahun rakyat Malaysia dengan pelbagai tawaran dan peraduan menarik.

Kempen tersebut membawa mesej “sepotong kek boleh meringankan masalah harian”. Selain itu ia menggalakkan masyarakat meraikan detik-detik kecil dalam kehidupan, bukan hanya acara besar seperti hari lahir atau ulang tahun.

Menurut Secret Recipe lagi, kempen itu juga bertujuan mengajak pelanggan menghargai hubungan sesama insan sambil menikmati hidangan bersama.

Selepas 28 tahun beroperasi, Secret Recipe kini memiliki lebih 365 cawangan di seluruh negara. Rangkaian luas ini membolehkan pelanggan mendapatkan pengalaman yang konsisten dari segi kualiti dan keselesaan di mana sahaja mereka berada.

Secret Recipe turut menyatakan komitmennya untuk menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia yang ingin mencipta momen manis bersama keluarga dan rakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Secret Recipe, Patrick Sim, berkata restoran itu mahu mengembalikan minat masyarakat terhadap hidangan enak dan pencuci mulut yang mampu mencetuskan momen istimewa.

“Tidak kira sama ada pelanggan datang untuk mengisi perut atau mencari tempat menenangkan fikiran, kunjungan ke Secret Recipe sentiasa mampu menjadikan hari mereka lebih manis,” katanya.

Set dine-in: Set Chill & Set Santai

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Secret Recipe memperkenalkan dua set hidangan dine-in terhad — Set Chill dan Set Santai — yang ditawarkan untuk tempoh terhad.

image is not available

Makan di rumah? Cuba Set Besties atau Set Tenang

Untuk pelanggan yang mahu menjamu selera di rumah pula, boleh la cuba set eksklusif seperti Set Besties (dua potongan kek dan dua minuman) dan Set Tenang (sajian utama dan sepotong kek) turut disediakan melalui platform GrabFood.

Dalam pada itu, bermula 1 Disember 2025 hingga 31 Januari 2026, Secret Recipe akan memperkenalkan kek Thai Milk Tea baharu.

image is not available

Yang lebih menarik, sempena kempen ini juga, pelanggan berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan pergi-balik ke Thailand bernilai RM3,000.

Selain itu, ada juga hadiah satu hati berupa Baucar Tunai Secret Recipe bernilai RM200.

Caranya?

Langkah 1: Beli sekurang-kurangnya satu (1) potongan Kek Thai Milk Tea dalam satu resit.
Langkah 2: Imbas kod QR dan isi borang penyertaan.
Langkah 3: Muat naik resit anda dan hantar penyertaan.

Penyertaan Bonus: Masukkan nombor keahlian SR Rewards anda untuk menerima satu (1) penyertaan tambahan.

image is not available