Sedan Elegan MG5 Bakal Dilancarkan Esok, 3 Oktober – Anggaran RM100,000

LocalCars
2 Oct 2024 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia bakal menerima kedatangan sedan segmen B terbaru tidak lama lagi selepas SAIC Motor Malaysia mengumumkan bahawa firmanya bakal melancarkan model terbaru, MG5, pada 3 Oktober, esok. Majlis pelancaran ini bakal disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Sedan Terpanjang dan Terlebar dalam Segmennya

Dengan ukuran panjang 4,675 mm, lebar 1,842 mm, tinggi 1,480 mm dan jarak roda 2,680 mm, MG5 dijangka menjadi sedan segmen B yang terpanjang dan terlebar yang akan memasuki pasaran tempatan. Rekaan luarannya yang aerodinamik dan elegan turut memperkukuhkan daya tarikan model ini.

image is not available

image is not availableimage is not available

Antara ciri rekaan utama termasuk lampu hadapan dan belakang LED sepenuhnya, rim aloi 17 inci dengan rekaan Tomahawk, serta gaya badan sebuah coupe fastback yang menawan.

Enjin 1.6 Liter dengan Transmisi iCVT

image is not available

MG5 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter aspirasi natural 4 silinder yang menghasilkan 112 hp (114 ps) dan 150 Nm tork. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi automatik 8 kelajuan iCVT yang menjanjikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan.

Ruang Kabin Sporty dan Sistem Infotainmen Canggih

Dijangka akan ditawarkan hanya dalam satu varian, kabin MG5 bakal dilengkapi dengan pelbagai ciri premium seperti tempat duduk dalam balutan kulit berwarna hitam dengan jahitan merah yang menaikkan aura sporty. Selain itu terdapat kawalan iklim automatik dengan ventilasi khas untuk penumpang belakang, instrumen digital 7 inci, serta skrin infotainmen 10.25 inci pada kedudukan ala terapung.

Ciri Keselamatan

Dari segi keselamatan, MG5 akan hadir dengan enam beg udara serta dilengkapi dengan pakej bantuan pemandu MG Pilot ADAS, tetapi tanpa kawalan pelayaran adaptif.

Harga Jualan dan Waranti

image is not available

Tempahan untuk model ini telah dibuka di cawangan pengedaran yang terpilih pada harga anggaran RM100,000.

Pembelian adalah termasuk jaminan menyeluruh selama 5 tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan trenkuasa selama 7 tahun tanpa had perbatuan.