Sedang Disiasat Dek Kesalahan Jenayah Seksual, Taeil Sah Dikeluarkan Dari NCT

WorldEntertainment
28 Aug 2024 • 10:24 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Taeil telah dituduh dengan kesalahan seksual dan akan meninggalkan NCT.

Pada 28 Ogos, SM Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut hingga mengejutkan peminat,

Kami baru-baru ini mengetahui bahawa Taeil telah dituduh dalam kes jenayah yang berkaitan dengan kesalahan seksual.

Semasa kami menilai fakta-fakta berkaitan dengan perkara ini, kami menyedari betapa seriusnya situasi tersebut dan memutuskan bahawa Taeil tidak lagi boleh meneruskan aktiviti dengan pasukan (NCT). Setelah berbincang dengan Taeil, kami telah memutuskan supaya dia meninggalkan kumpulan ini.

Taeil kini sedang memberikan kerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis. Kami akan memberikan kenyataan lanjut apabila siasatan berkembang.

Kami amat memohon maaf atas kebimbangan dan kesulitan yang disebabkan oleh artis kami.


Hmm.. kecewanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.