
Tular di media sosial apabila usahawan terkenal, Noor Nabila tampil mendedahkan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka baharu.
Namun begitu, Nabila tetap memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai identiti lelaki tersebut kerana ingin menjaga privasi.
Nabila jujur sedang kenali seseorang, tak rujuk dengan Sharnaaz

Kenyataan itu sekaligus menjawab spekulasi orang ramai mengenai hubungan semasanya dengan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.
Difahamkan, mereka kini hanya berhubung atas dasar tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, Jebat Jayden.
Netizen beri reaksi pedas
Walaupun Nabila menjelaskan bahawa dia dan jejaka terbabit masih dalam fasa awal perkenalan, kenyataan itu tetap mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menyokong keterbukaannya, namun tak kurang juga yang mengkritik.

Komen itu jelas menyindir tindakan Nabila yang dilihat kerap kali dikaitkan dengan lelaki berbeza selepas perpisahannya dengan Sharnaaz Ahmad.
Namun, komen ini diselar netizen lain menyifatkan Noor Nabila layak untuk bahagia walaupun perkahwinan terdahulu gagal.
Netizen berpendapat, Nabila jujur mengenai statusnya kini kerana ramai yang menganggap dia dan Sharnaaz rujuk apabila kerap meluangkan masa bersama.
Pssttt! Noor Nabila masih muda guys. Biarlah dia mencari cinta sejati sebagai peneman hidupnya kan. Doakan yang baik-baik.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


