

Sedap Makan Panas-panas, Ini Resipi Sardin Masak Sambal Hijau
Sebut sahaja sardin, kebiasaannya orang ramai hanya panaskan sebelum dijadikan menu makanan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, sardin ini boleh dipelbagaikan menjadi satu menu baharu antaranya gulai sardin, spageti sardin, roti sandwich, asam pedas sardin dan banyak lagi.
Bagaimanpun hari ini, SK akan berkongsikan menu yang jarang dibuat orang ramai iaitu menu sardin masak sambal hijau.
Kalau peminat masakan pedas pasti bertambah-tambah pinggan nasi, lagi-lagi ketika ia dihidangkan selepas dimasak.
Tambahan, menu ini juga lebih jimat dan bahan-bahannya juga tidaklah banyak, menjadikannya mudah untuk disediakan.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh pengguna TikTok @mathanedward di bawah.
Resipi Sardin Masak Sambal Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan
1. Kunyit
2. Cili hijau
3. Bawang merah (kecil)
4. Bawang putih
5. Sardin
6. Daun limau purut
7. Garam
8. Air asam
Cara penyediaan
1. Masukkan kunyit, cili hijau, bawang merah (kecil), bawang putih ke dalam lesung untuk ditumbuk sehingga lumat, (boleh juga kisar).
2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang telah diisi minyak panas untuk ditumis.
3. Kemudian, masukkan daun limau purut dan sedikit air untuk bagi ada sedikit kuah.
4. Seterusnya, masukkan sardin, sedikit garam (ikut rasa) dan air asam dan kacau sehingga siap.
@mathanedward Sardine masak sambal hijau pedas ni simple dan sedap geng #mathanedward #fyp #makanlokal #viralfood #sardinsambalhijau #sardinemasaksambalhijau #sardin #sardine #simplerecepi #resepimudah
Perkongsian video ini mendapat lebih 700,000 tontonan dengan lebih 34,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen positif daripada pengguna.
Berikut antara komen pengguna;
“Lawan (makan) dengan telur dadar, ulam timun enam juta kali lagi sedap,” komen seorang pengguna.
“Memang layan menu sardin ni aku suka pedas bubuh kentang surrr,” komen seorang pengguna.
“Wah sedapnya. Terima kasih bagi resipi sardin sambal hijau esok nak buat la terliuq tengok,” luah seorang lagi.
“Sardin cili api macam ni memang mantap ye. Makan dengan ulam timun ke sayur rebus-rebus. Fuhhhh,” kata seorang pengguna lagi.
Sumber: TikTok @mathanedward
The post Sedap Makan Panas-panas, Ini Resipi Sardin Masak Sambal Hijau appeared first on Siakap Keli.


