“Sedap, Murah Pulak Tu, Wajib Promote!” – Netizen Pakat Viralkan Peniaga Nasi Lemak RM1 Di Bazar Ramadan

Food
19 Mar 2024 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak hari pertama Ramadan kita nampak di media sosial ramai yang merungut dan mengkritik peniaga bazar kerana meletakkan harga yang mahal terhadap makanan yang dijual.

Lebih teruk lagi, terdapat juga kes di mana peniaga tidak jujur dan tergamak menipu pembeli dengan menjual makanan yang tidak sempurna daripada segi tekstur.

 

Nasi lemak RM1

Jadi, sudah tentulah orang menyokong peniaga yang bukan sahaja jujur tetapi juga menjual makanan dengan harga yang berpatutan.

Baru-baru ini, tular video seorang pelancong asing yang berkunjung ke bazar dan terkejut apabila dia menjumpai gerai menjual nasi lemak dengan harga RM1.

Berdasarkan video itu, boleh dilihat nasi lemak RM1 tersebut berisi telur rebus bersaiz kecil, ikan bilis dan sambal.

Difahamkan, gerai tersebut terletak di Bazar Ramadan Prangin Mall, Georgetown dan melalui video itu boleh dilihat ia mendapat sambutan ramai pengunjung.

 

Patut ditularkan

Menerusi ruangan komen, ramai yang gembira dan memuji tindakan peniaga itu menjual nasi lemak berharga RM1 di bazar Ramadan.

Sesetengah netizen berpendapat peniaga yang jujur dan menjual dengan harga murah sebegitu memang layak untuk ditularkan.

image is not available 1 week ago

Beli Macam Macam Tapi Akhirnya 'Masuk' Tong Sampah? Cuba 4 Tips 'Strict' Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

View Original Article