Sedap & Rasa Manis Berlemak, Resipi Donut Pisang Wangi Ini Wajib Anda Cuba!

Cooking
26 Jul 2023 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Waktu petang di hujung minggu terutamanya merupakan masa yang sesuai untuk kita bersama pasangan dan anak-anak menikmati juadah minum petang selain merapatkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan.

Antara juadah minum petang yang popular seperti pisang goreng, cucur udang dan kuih muih pastinya menjadi pilihan ibu-ibu di rumah.

image is not available

Sumber : Google  

Donut juga selalu menjadi kegemaran dan jika anda inginkan kelainan, boleh cuba resipi donut pisang pula! Memang enak, ditambah dengan aroma wangi pisang dan rasa berlemak sudah tentu akan membuatkan anak-anak suka.

Jom kita ikuti resipi donut pisang yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.

Bahan-bahan:

1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh)
2 peket mauripan
4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi)
2 cawan susu pisang (farm fresh@dutch lady)
Emulco pisang kuning@putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak je tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati)
5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain).

Cara memasak :

1.Masukkan tepung, majerin, mauripan, susu pekat gaul sebati.

2.Kemudian masukkan susu pisang gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air @ lebihan susu pisang, uli sehingga kembang.

image is not available

Sumber : Facebook  

3.Biarkan doh seketika, kemudian dah boleh mendonat.

4.Goreng macam biasa jangan guna api terlalu panas, biasa saya goreng donut, saya akan terbalikkan 2 kali sahaja, pastu angkat.

image is not available

Sumber : Facebook  

5. Dah sejuk gaul gula icing,siap.

image is not available

Sumber : Facebook  

Bukan sahaja donut susu & donut gula, donut pisang juga wajib anda ‘try’! Selamat mencuba!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Kami Gagal Membesarkan Dia" - Jocelyn Chia Dibuang Keluarga, Pengumuman Dibuat Bapa Di Twitter