“Sedap Sangat” – Snek Dari Malaysia, J-Hope BTS Akui Suka Makan ‘Super Ring’

LocalEntertainment
22 Jun 2025 • 11:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, j-hope BTS telah tampil sebagai tetamu dalam program “Sana’s Fridge Interview” di YouTube, yang dihoskan oleh Sana TWICE.

Untuk pengetahuan, ini adalah program bual bicara di mana tetamu yang hadir akan berkongsi apa yang biasanya ada dalam peti sejuk mereka, sambil turut bercerita tentang kehidupan peribadi mereka.

Khususnya ketika episod menampilkan j-hope, lelaki itu berkongsi bahawa antara snek kegemarannya adalah ‘Super Ring’, iaitu jenama dari Malaysia.

Jelasnya mengapa,

Ia sangat berperisa dan sedap.

Meskpipun j-hope tersalah anggap bahawa snek itu adalah Singapura, peminat Malaysia tetap seronok kerana lelaki tersebut menyukai ‘Super Ring’.

Alamak teringin lah pula!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.