Sedap Tak Terkata, Warga Kuching Wajib Cuba Rina Nasi Arab No 1 Di Padungan Ini

15 Jan 2023 • 6:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hidang Nasi Arab Mandy terbaik di Kuching

Sedap Tak Terkata, Warga Kuching Wajib Cuba Rina Nasi Arab No 1 Di Padungan Ini. Nasi Arab atau dikenali sebagai Nasi Mandy merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan dimasak dengan pelbagai rempah ratus.

Kebelakangan ini, hidangan dari Timur Tengah ini kian mendapat tempat di lidah penduduk Malaysia. Tidak kira di mana, restoran nasi arab sering dilihat penuh dengan pengunjung yang mahu menikmati nasi yang beraroma herba arab dan lauk pauk seperti ayam dan kambing yang amat lembut dan berperisa.

image is not available
Sedap Tak Terkata, Warga Kuching Wajib Cuba Rina Nasi Arab No 1 Di Padungan Ini. Kredit: Rina Nasi Arab No1 by MOM LAKSA

Mungkin kerana masakan arab ini tidak terlalu jauh bezanya dengan masakan Melayu dan India serta amat mengenyangkan.

Nasi Arab Mandy lamb shank antara menu best seller

Kali ni, kami akan kongsikan kepada anda satu port terbaru di Kuching untuk menikmati nasi Arab yang sedap dengan pelbagai menu menarik ini.

Kepada warga Kuching, jangan lupa untuk menjadikan kedai Rina Nasi Arab No 1 ini sebagai destinasi tempat makan anda yang seterusnya.

image is not available

Seperti restoran nasi arab yang lain, pastinya hidangan terbaiknya adalah nasi Arab Mandy lamb shank dan hidangan ini dikatakan best seller di sini.

Selain menu kambing, anda juga boleh menikmati nasi Arab Mandy ini dengan aneka menu lain antaranya ayam berempah, ayam kari, ayam madu dan banyak lagi!

Lokasi dan waktu operasi

Lokasinya pula terletak di Lot 182, Abell Road, 93100 Kuching. Landmarknya pula adalah terletak di bawah LongHouse Hotel di Padungan.

image is not available

Menariknya, restoram ini beroperasi 24 jam setiap hari.

Lagi tempat makan menarik sekitar Kuching: