Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching!

27 Jul 2022 • 1:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siapa penggemar putu mayang di sini?

Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching! Pernah dengar Putu Mayang atau Putu Mayam? Ianya adalah makanan tradisional India yang kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Singapura sebagai snek.

Hidangan ini sangat popular di kalangan masyarakat kita. Ianya merupakan makanan yang diperbuat dari tepung beras dan diolah halus dan panjang seperti bentuk mi lalu dihidangkan dengan kelapa parut atau gula melaka.

image is not available
Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching! Sumber gambar: FB Pak Abu – putu mayung

Putu Mayang yang masih digemari ramai hingga sekarang!

Bagi penggemar putu mayang di Kuching, anda mesti kenal dengan Pak Abu atau nama sebenarnya Abu Bakar Rajab yang sudah beroperasi lama lebih dari 20 tahun dalam perniagaan Putu Mayang ini yang masih ‘laku keras’ sehingga kini.

Kalau dulu-dulu, anda boleh lihat lelaki ini mengenakan penutup kepala berwarna merah menaiki motosikal serta bekas khas di bahagian belakang untuk dia meletakkan putu mayang untuk dijual kepada pelanggannya.

image is not available
Sumber gambar: FB Pak Abu – putu mayung

Anda kini boleh dapatkan di cawangan Pak Abu Putu Mayung

Sekarang, mungkin anda jarang melihat beliau berjaja di kawasan Kuching antaranya di India Street dan juga di Kubah. Jangan risau! Kini, Pak Abu telah meluaskan perniagaannya melalui beberapa cawangannya di beberapa tempat.

Anda boleh dapatkan Putu Mayang yang panas-panas di Mydin Vista Tunku, Emart Matang dan juga di Plaza Merdeka, Kuching.

image is not available
Sedap Tiada Tandingan, Putu Mayung Pak Abu Ini Digemari Ramai Di Kuching! Sumber gambar: FB Pak Abu – putu mayung

Lokasi: Mydin Vista Tunku, Emart Matang dan Plaza Merdeka, Kuching.
Waktu beroperasi: 10.00 pagi- 9.30 malam
No telefon: 014-694 6842

Sebut sahaja Canai Anjang, sesiapa yang bekerja di sekitar Satok confirm kenal dengan kedai ni. Katanya Roti Canai Tsunami antara menu laris yang menjadi santapan pengunjung di sekitar sini. Baca selanjutnya di bawah:

View Original Article