Sedapnya Macaroni Cuppizza, idea jamuan sekolah anak, comel & mengenyangkan

Cooking
12 May 2023 • 7:38 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Sedapnya Macaroni Cuppizza, idea jamuan sekolah anak, comel & mengenyangkan

PASTA memang digemari kanak-kanak. Berikan apa sahaja jenis pasta, si kecil jarang menolaknya.

Olahan pasta daripada ibu Sharinaz Redwan ini sangat comel dan tampak sedap.

Macaroni Cuppizza nama diberi, dihidangkan di dalam cawan ideal untuk jamuan, potluck anak-anak di sekolah. Ia juga sesuai disajikan dalam apa jua majlis.

image is not available

“Menu potluck jamuan sekolah adik petang ni mama buat Macaroni Cuppizza dan Korean Fish Fillet.

“Buat dalam cup senang, nanti masing-masing boleh ambil bawa balik kalau dah kenyang, tak payah tunggu nak bungkus,” kata Sharinaz.

ayam yang dijual tu, campurkan dengan bahan ini bolehlah kurangkan kos barang dapur.

Kepada yang masih kekeringan idea memasak untuk si manja, boleh cuba resipi Macaroni Cuppizza ini. Sangat sempoi caranya, bahan pun tak banyak.

MACARONI CUPPIZZA

Bahan-bahan

250 gram pasta elbow
Bawang putih
Bawang Holland
Isi ayam
Sos spaghetti secukupnya
Mix herbs
Kulit tortilla secukupnya
5 biji telur
Serbuk lada hitam secukupnya
Keju piza (cheese pizza)
Acuan cupcake secukupnya
Garam dan minyak masak secukupnya

Cara penyediaan

1-Rebus pasta sehingga masak. Toskan.

2-Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, bawang Holland yang dicincang.

image is not available

3-Masuk isi ayam. Kalau nak lagi meriah, boleh tambah sosej dan crabstick.

4-Masukkan macaroni yang sudah rebus dan sos spaghetti. Boleh juga letak sayur campur.

5- Letakkan mix herbs dan sedikit garam.

6-Ambil tortilla wrap, potong kecil (seperti dalam gambar dan susun ke dalam dalam acuan cupcake.

image is not available

7-Skup macaroni yang telah anda masak tadi.

8-Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur. Masukkan garam dan lada hitam secukupnya. Pukul sebati.

image is not available

9-Tuangkan bancuhan telur ke dalam acuan, agak-agak tenggelam macaroni di dalamnya.

image is not available

10-Tabur cheese pizza.

11-Akhirinya dengan taburan mix herbs.

image is not available

12-Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah Celcius selama bawah 15 minit api atas dan bawah. Lanjutkan selama 10 minit lagi dengan menggunakan api bawah sahaja. Ia bagi mengelakkan ia daripada terlalu garing.

image is not available

13-Setelah sejuk, paipkan mayonis dan sos keju sebagai pelengkap. Siap!

Kata Sharinaz, resipi ini boleh menghasilkan 16 cupizza bergantung kepada saiz acuan yang digunakan.

Selamat mencuba!

Baca juga:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article