
Sedapnya makan panas-panas! Ini resipi mi hailam kuah pekat banjir, mudah & sedap
SEBUT sahaja mi hailam, pasti ramai yang menyukainya.
Manakan tidak sajian masakan panas itu siap dengan kuah yang pekat, penuh bahan sayuran cukup mengiurkan.
Kata orang, ciri-ciri utama mi hailam ialah kuahnya mesti banyak atau banjir . Warna kuahnya juga gelap dan sedikit pekat serta meriah dengan isi ayam, seafood dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Jika makan di kedai kadang-kadang rasa macam tak puas jadi apa kata mak-mak buat sendiri pula.
Bahan-bahannya;
- 1 bungkus mi kuning
- 1 dada ayam atau daging
- 1 mangkuk udang atau sotong
- 2 kek ikan
- 2 keping tauhu dihiris nipis
- 3 biji telur
- 1 sudu besar cili boh
- 1/2 cawan cili sos
- 5 sudu kicap manis
- 2 sudu teh cukup rasa
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 batang sawi
- 1/4 brokoli
- 1/4 bunga kobis
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 labu bawang Holland
- 3 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn air
- Air agak-agak. Bagi banyak. Nanti mi serap kuah.
- 1/4 cawan minyak

Cara membuatnya;
1. Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang dan ayam, masak hingga empuk. Kuah akan lebih tasty bila masukkan rencah-rencah dulu sebelum cili.
2. Masukkan cili boh kacau hingga pecah minyak.
3. Tambah air dalam 2 botol mineral kecil dulu. Masukkan semua perasa serta sos.
4. Bila dah mendidih masukkan telur dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau-kacau. Tutup api.
5. Bila nak makan baru masukkan Sayuran, cili besar dan mi kedalam kuah yang mendidih. Jangan lama. Nanti mi kembanh. Dah siap. Terus hidang panas-panas. Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Perah limau nipis.
Selamat mencuba!
Sumber: Mommy Yoi Mommylin3
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
The post Sedapnya makan panas-panas! Ini resipi mi hailam kuah pekat banjir, mudah & sedap appeared first on Sinar Plus.
