Sedar kekurangan diri, Siti Elizad reda jika suami kahwin lain

Family & Parenting
29 Mar 2024 • 1:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Siti Elizad mendedahkan terdapat wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua susulan masih belum dikurniakan zuriat selepas hampir 10 tahun berkahwin.

Menurut laporan Kosmo! Online, dia memberitahu menerima mesej di Instagram berkaitan perkara tersebut namun, enggan untuk mengambil serius tentang tawaran itu.

Pelakon yang berusia 40 tahun itu akui dirinya serba kekurangan dan reda jika suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman berkahwin dengan wanita lain.

Siti Elizad

image is not available

“Ada wanita yang mesej saya dalam Instagram (DM) untuk tawarkan diri jadi nombor dua (isteri kedua), termasuk ibu tunggal yang sudah ada anak tiga.

“Ada yang sanggup untuk jadi isteri kedua. Macam-macam. Tapi saya tidaklah ambil perkara itu serius sangat. Tapi saya ada tanya sendiri pada suami, kalau sebab anak dia nak kahwin lagi, beritahu. Saya tak nak gaduh-gaduh.

“Kalau betul dia nak pergi dekat orang lain (berkahwin lagi) sebab anak, saya reda. Sebab saya tahu saya ada kekurangan. Sedangkan suami sudah ada dua cahaya mata (hasil perkahwinan terdahulu),” katanya.

Siti Elizad

image is not available

Tambahnya lagi, dia sudah berusaha menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali, namun masih gagal.

Jelasnya, walaupun dirinya reda dengan apa yang ditakdirkan tetapi keinginan untuk memiliki anak semakin menebal selepas melihat rakan-rakan lain berkongsi berita kehamilan.

image is not available

“Sebagai orang perempuan, kadang-kadang perasaan itu tak menentu. Kalau hari ini saya kata okey, esok lain pula.

“Tapi kalau ikutkan saya sudah masuk ‘musim’ reda. Namun bila tengok kawan-kawan kongsi kehamilan mereka dalam media sosial, perasaan itu datang balik.

“Tapi sejujurnya, saya sudah reda dan enjoy. Maksudnya kalau kata ada (rezeki anak), adalah. Tapi kalau tiada, saya okey sahaja,” jelasnya.

image is not available

Sementara itu, Elizad tidak mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat demi menjaga perasaan beberapa pihak.

Sekadar info, Elizad dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)

View Original Article