
Kota Kinabalu: Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Haizar R.H Ajaz Nabijan berkata, kumpulan itu meneruskan usaha kebajikannya menerusi Rantaian Kasih Ramadan Sedco 2025.
Beliau berkata, program bagi mengimarahkan bulan Ramadan itu khususnya dalam kalangan kakitangan Sedco, serta untuk berkongsi lebih banyak kebaikan kepada pihak yang memerlukan, dilaksanakan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.
“Dalam satu tahun, Sedco memperuntukkan RM200,000 untuk tujuan kerja-kerja CSR.
“Sepanjang Ramadan yang penuh keberkahan ini, kami meraikan keluarga asnaf, anak yatim, serta kakitangan dan orang ramai untuk bersama-sama menunaikan solat tarawih di Bangunan Wisma Sedco.

