Sedia jadi perantara, Fahmi gesa majikan lunas tunggakan gaji wartawan

2 Oct 2024 • 1:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BUSAN, 2 OKT: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas agar segera menyelesaikan bayaran tersebut.

Beliau menyifatkan tindakan tidak membayar gaji pengamal media selama beberapa bulan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya berpendapat ini tidak sepatutnya berlaku, organisasi media tersebut wajib melunaskan tunggakan gaji kepada para pekerja,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Fahmi kini sedang dalam lawatan kerja ke Korea Selatan selama tiga hari bermula 30 September.

Katanya, beliau juga bersedia menjadi perantara bagi pihak pengamal media dan majikan masing-masing untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.

Sebelum ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) telah menggesa pihak majikan yang mewakili pengamal media The Malaysian Insight dan The Vibes untuk segera melangsaikan tunggakan gaji yang tidak dibayar selama beberapa bulan.

Menurut mereka, perkara ini jelas merupakan satu bentuk penindasan yang mencerminkan kelemahan pengurusan di pihak majikan itu sendiri.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved