Sedia lebih banyak gerabak: Penumpang

16 Sep 2023 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Jabatan Keretapi Negeri Sabah digesa menambah jumlah gerabaknya bagi mengurangkan kesesakan penumpangnya.

Penduduk Kampung Helogelat, Edwin Louis, ini bagi memastikan penumpang tidak terpaksa berdiri sepanjang perjalanan.

“Kebanyakan penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah, penjawat awam dan peniaga terpaksa berebut untuk mencari tempat duduk,” katanya kepada Harian Ekspres di sini, pada Jumaat.

Menurut Edwin, kereta api tiba di Halogelat kira-kira 5.30 pagi dan bertolak ke Beaufort selepas itu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Demikian juga masa balik iaitu kira-kira 1.30 tengah hari. Tidak ada jalan alternatif lain lagi kecuali menaiki kereta api,” katanya.

Seorang penumpang dari Kg Montenior, John Gumpong, berkata beliau Jabatan Keretapi Negeri Sabah peka terhadap perkara itu kerana ketikanya penumpang terpaksa duduk di tepi tangga kereta api.

“Ada insiden sebelum ini di mana penumpang terjatuh ketika kereta api sedang bergerak.

“Mujur kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. Keadaan ini amat membahayakan kami sebagai penumpang yang bergantung kepada pengangkutan kereta api.

“Mereka terpaksa duduk di tangga gerabak kerana ruang di dalam gerabak sudah penuh termasuk penumpang yang berdiri,” katanya.

Justeru, katanya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah perlu menyediakan lebih banyak gerabak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article