Sedia pertimbang penangguhan perobohan Kg Pondo, ambil kira pelajar SPM: Ketua Menteri

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sedia pertimbang penangguhan perobohan Kg Pondo, ambil kira pelajar SPM:  Ketua Menteri

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sedia mempertimbangkan penangguhan tindakan perobohan struktur kediaman tanpa kebenaran di Kampung Pondo, Pulau Gaya, khususnya bagi mengambil kira pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan prihatin terhadap kesulitan penduduk terbabit, namun tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan mengikut proses undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Beliau berkata, Kampung Pondo adalah kawasan penempatan setinggan yang sudah terlalu padat dengan rumah, selain terletak di kawasan pulau yang menjadi kawasan peranginan dan tidak dibenarkan untuk pembinaan kediaman.

“Ini boleh kita pertimbangkan, tetapi untuk makluman, kampung itu kita anggap kampung setinggan. Bukan baru kerajaan mengeluarkan nasihat supaya mereka tidak mendirikan rumah di sana.

“Sudah padat, terlampau banyak rumah di kawasan itu. Ini kawasan peranginan, dekat pulau, jadi rakyat kita mesti tahu. Bukan kita kerajaan yang tidak prihatin. Kita prihatin kepada rakyat kita, tetapi kita kena ikut proses undang-undang dan peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sabah anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.

Hajiji berkata, kerajaan negeri sudah menetapkan supaya penempatan setinggan dipindahkan atau dirobohkan, selaras dengan perancangan yang dilaksanakan sejak sekian lama.

Katanya, penduduk juga perlu memahami tindakan kerajaan berikutan kawasanberkenaan sudah diduduki sejak berpuluh-puluh tahun, namun statusnya sebagai kawasan larangan mendirikan rumah tidak berubah.

“Kalau kerajaan sudah bersedia untuk merobohkan, kita kena faham. 40 tahun,bertahun-tahun di sana, jadi jangan dijadikan itu isu seolah-olah kerajaan tidak prihatin.

“Kerajaan prihatin. Kita cari jalan untuk mengatur ataupun memastikan bahawa kehidupan mereka juga tidak terjejas. Tapi kita mesti tahu bahawa kawasan itu dilarang untuk mendirikan rumah. Ia kawasan setinggan,” katanya.

Beliau berkata, setiap kali kerajaan mahu melaksanakan tindakan perobohan, pelbagai alasan dan tuduhan timbul, termasuk dakwaan kerajaan tidak mengambil berat terhadap kebajikan penduduk.

Katanya, kerajaan tetap berusaha mencari jalan bagi memastikan kehidupan penduduk yang terjejas tidak terabai, namun keputusan penguatkuasaan terhadap penempatan setinggan perlu difahami.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved