Sedia sepentas dengan Nourul? Ini jawapan matang Ajai, sempat puji Mamat Exists kini tampil lebih 'fresh'—'Ini peluang terakhir dia'

Entertainment
10 Jun 2026 • 12:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Sedia sepentas dengan Nourul? Ini jawapan matang Ajai, sempat puji Mamat Exists kini tampil lebih 'fresh'—'Ini peluang terakhir dia'

NAMA komposer terkenal, Ajai kalau dipetik memang tidak pernah sunyi daripada cerita naskhah-naskhah hebat.

Namun, dalam keriuhan melancarkan single terbaharu bersama Aisha Retno baru-baru ini, perhatian media sebenarnya turut terarah kepada ulasan jujur dirinya mengenai dua figura yang cukup dekat di hati peminat Mamat Exists dan juga bekas rakan duetnya, Nourul Wahab Depp.

Duduk bersembang santai dengan pemilik nama sebenar Mohamad Faizal Maas ini mendedahkan sisi matangnya yang sentiasa menitipkan doa terbaik buat rakan seperjuangan dalam industri.

Bercerita mengenai vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat, Ajai tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan gembira melihat perubahan positif sahabatnya itu yang bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila tiketnya sudah terjual sekitar 7,000 hingga 8,000 unit pada hari pertama lagi.

Bagi Ajai, melihat Mamat kembali 'fresh' dan bersih selepas hampir tamat menjalani tempoh pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) adalah satu rahmat yang sangat besar buat seluruh pasukan mereka.

Image from: Sedia sepentas dengan Nourul? Ini jawapan matang Ajai, sempat puji Mamat Exists kini tampil lebih 'fresh'—'Ini peluang terakhir dia'

"Saya harap kawan-kawan dan orang sekeliling sentiasa berdoa buat dia. Ini peluang terakhir untuk dia terus berjaya dalam hidup.

"Sebagai kawan, itu sahaja yang mampu kami bantu sebab pada akhirnya, hati sendiri yang menentukan sama ada mahu berubah atau tidak.

"Dia sahaja yang boleh on atau off benda itu, dan alhamdulillah dia rupa-rupanya sudah berjaya off kan perkara tersebut," kongsi Ajai dengan nada penuh keikhlasan.

Beralih pula kepada kisah Nourul Wahab yang baru sahaja selesai mengadakan konsert solo pada hujung Mei lalu, Ajai meluahkan rasa bangga yang amat sangat.

Walaupun ikatan perkahwinan mereka sudah berakhir pada 2006 dan masing-masing kini bahagia dengan keluarga baharu, memori melahirkan empat album duet fenomena bersamanya tidak pernah padam.

Kata Ajai, kejayaan konsert solo itu adalah bukti bahawa Nourul mempunyai portfolio lagu solo yang sangat kuat dan malar segar tanpa perlu bergantung kepada populariti lagu duet mereka semata-mata.

Malah, dia turut mengakui sentiasa mengikuti perkembangan tersebut menerusi media sosial memandangkan dia sendiri sibuk dengan persiapan konsert Exists.

Melihat kepada ribuan permintaan peminat yang masih rindu untuk melihat duo ikonik ini kembali disatukan di atas pentas, Ajai tersenyum dan memberikan jawapan yang sangat terbuka.

Image from: Sedia sepentas dengan Nourul? Ini jawapan matang Ajai, sempat puji Mamat Exists kini tampil lebih 'fresh'—'Ini peluang terakhir dia'

"Insya-ALLAH, kalau ada rezeki saya tiada masalah pun kalau disatukan di pentas sama cuma pada saya, kena tunggu dan perlukan masa yang tepat.

"Sebelum ini kami pernah disatukan dalam karier sebagai rakan duet. Peminat buat permintaan itu disebabkan lagu duet kami masih terpatri dalam ingatan sehingga sekarang.

"Saya rasa itu lagi istimewa kalau kita dapat satukan, tetapi kita tunggukan tepat pada waktunya.

"Perlukan masa yang sesuai dan juga element of surprise yang boleh membuatkan pendengar atau peminat masing-masing berasa gembira, saya okey sahaja," ujarnya penuh matang.

Diari air mata

Perkongsian eksklusif tersebut dikongsikan sewaktu ditemui SinarPlus dalam majlis pelancaran lagu terbaharu ciptaannya berjudul Diari Air Mata nyanyian Aisha Retno yang berlangsung di Kenangan Coffee, TRX.

Karya sarat emosi di bawah naungan Usanita Entertainment itu mengisahkan tentang kecekalan seorang wanita bangkit daripada duka cinta lama.

Menurut Ajai, Aisha merupakan pilihan pertamanya kerana keupayaan penyanyi muda itu menjiwai lirik dengan begitu mendalam, malah proses rakaman berjalan lancar kerana kematangan yang ditunjukkan oleh Aisha.

"Aisha sangat memberi komitmen sepanjang proses rakaman. Dia tahu apa yang dimahukan dan mempunyai kepekaan muzik yang kuat.

"Saya suka bekerja dengan generasi seperti ini kerana ia membantu menghasilkan karya yang lebih berkualiti,” katanya.

Image from: Sedia sepentas dengan Nourul? Ini jawapan matang Ajai, sempat puji Mamat Exists kini tampil lebih 'fresh'—'Ini peluang terakhir dia'

Bagi Aisha pula, peluang bekerjasama dengan Ajai merupakan satu penghormatan besar memandangkan komposer tersohor itu pernah menjadi antara individu yang banyak berkongsi ilmu dengannya ketika menyertai program realiti nyanyian Big Stage.

"Saya sangat bersyukur kerana berpeluang merakamkan lagu ciptaan Abang Ajai.

"Banyak ilmu dan pengalaman baharu yang saya peroleh sepanjang proses menghasilkan lagu ini,” katanya.

Image from: Sedia sepentas dengan Nourul? Ini jawapan matang Ajai, sempat puji Mamat Exists kini tampil lebih 'fresh'—'Ini peluang terakhir dia'

Pelancaran lagu tersebut turut mendapat sokongan daripada  Kenangan Coffee Malaysia⁠ sebagai penaja lokasi dan makanan serta minuman 

Bagi menguatkan lagi penceritaan naskhah beremosi itu, sebuah video muzik arahan Ghazi Maslan dan Lily Samsudin yang menjalani penggambaran selama 18 jam di Hulu Langat turut dilancarkan dan kini sudah boleh ditonton di semua platform digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved