Sedia teknologi pembedahan terkini

LocalTechnology
30 Nov 2025 • 8:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tuanku Muhriz (tengah) berkenan mencemar duli menghadiri majlis diiringi oleh Tunku Besar Seri Menanti dan Pengerusi Hospital Picaso, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Dr Luqman dan Dr Loh bersama barisan kepimpinan Hospital Picaso.
image is not available
Tuanku Muhriz (tengah) berkenan mencemar duli merasmikan Pelancaran Hospital Picaso diiringi Tunku Besar Seri Menanti dan Pengerusi Hospital Picaso, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.
image is not available
Tuanku Muhriz berkenan merasmikan Pelancaran Hospital Picaso dengan memotong reben secara simbolik menggunakan sistem pembedahan robotik canggih Da Vinci.
image is not available
Tuanku Muhriz berkenan menandatangani plak peringatan di Hospital Picaso semasa lawatan baginda sebagai sebahagian daripada pelancaran rasmi Hospital Picaso.
image is not available
Detik membanggakan apabila pasukan doktor pakar Hospital Picaso memberikan tepukan gemuruh sempena pelancaran rasmi hospital, sebagai simbol komitmen mereka terhadap masa depan yang berteraskan inovasi dan penjagaan pesakit yang holistik.

PETALING JAYA – Hospital Picaso melancarkan operasinya secara rasmi pada Rabu dengan memperkenalkan teknologi pembedahan terkini dan rawatan onkologi bersepadu kepada umum.

Pengarah Perubatan, Datuk Dr Luqman Mazlan berkata, visi Hospital Picaso adalah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pembedahan Termaju dan Pusat Kecemerlangan Onkologi Bersepadu.

Beliau berkata, hospital itu menawarkan rawatan melalui Pusat Urologi, Pusat Kesihatan Wanita, Pusat Payudara, Pusat Gastrointestinal dan Hati serta Pusat Kanser.

**media[3356124]**

“Setiap pusat di Hospital Picaso diterajui pakar perunding kanan dan tokoh rujukan dalam bidang masing-masing. Mereka bekerjasama merentasi disiplin untuk memastikan pelan rawatan yang tersusun, bersifat peribadi dan berterusan.

“Pendekatan ini dijangka meningkatkan hasil rawatan khususnya bagi pesakit kanser, endometriosis dan mereka dengan pelbagai masalah kesihatan,” katanya.

Terdahulu, Majlis Pelancaran Hospital Picaso disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

**media[3356122]**

Sementara itu, Pengerusi Amalan Klinikal dan Ahli Lembaga Pengarah Hospital Picaso, Datuk Dr Loh Chit Sin turut memperkenalkan teknologi pembedahan terkini dimiliki hospital tersebut.

Ia meliputi KOELIS untuk prosedur prostat berpanduan ketepatan, sistem pembedahan robotik Da Vinci Xi bagi pembedahan invasif minimum, serta NanoKnife System iaitu teknologi ablasi bukan haba untuk rawatan tumor.

**media[3356126]**

Beliau menegaskan komitmen Hospital Picaso untuk menyediakan rawatan komprehensif di Malaysia tanpa keperluan pesakit mendapatkan rawatan di luar negara.

“Kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada penjagaan klinikal, tetapi juga kepada pembinaan kapasiti, latihan dan perkongsian ilmu bagi melahirkan generasi pakar akan datang.

**media[3356121]**

“Usaha ini penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembedahan invasif minimum dan pembedahan robotik,” ujarnya.

Walaupun telah beroperasi sejak Jun 2024, majlis berkenaan menandakan pengenalan rasmi hospital tersebut kepada masyarakat serta komuniti perubatan.

View Original Article