Sediakan parkir percuma di kompleks Foh Sang: SAPP

LocalPolitics
11 Apr 2025 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pihak berkuasa berkaitan digesa mengkaji semula status Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat Foh Sang di Luyang supaya dijadikan kemudahan percuma untuk kegunaan awam.

Naib Presiden SAPP Gee Tian Siong berkata infrastruktur awam yang direka untuk mengurangkan cabaran di bandar seperti kesesakan lalu lintas sepatutnya mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyat, bukan dijadikan sumber pendapatan.

“Idea asal dan mulia bagi kemudahan ini, yang dibayangkan pada 1997 oleh aktivis sosial, ahli SAPP dan jurutera terkenal mendiang Datuk Terence Chong Nyim Fatt, jauh lebih baik berbanding apa yang telah dilaksanakan sekarang.

“Selepas perbincangan menyeluruh dengan penduduk dan perniagaan tempatan, cadangan Chong memperjuangkan kemudahan percuma untuk penduduk Luyang yang bertujuan untuk berkhidmat kepada komuniti, menyokong perniagaan tempatan, meningkatkan aksesibiliti, mengurangkan tekanan tempat letak kereta dan menawarkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di tingkat bawah bangunan.

“Perkhidmatan yang dirancang ini termasuk kaunter Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk kutipan bayaran, pelbagai pembaharuan lesen termasuk lesen anjing seperti yang diminta oleh penduduk dan juga Pondok Polis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

“Sejak Mac 2025, pengenaan bayaran tempat letak kereta secara 24/7 di dalam kemudahan ini, termasuk kadar sejam, semalaman dan bulanan, menimbulkan beban kewangan yang tidak perlu kepada orang awam,” katanya.

“Selain itu, struktur bayaran ini kurang ketelusan, khususnya berkaitan peraturan tempat letak kereta semalaman dan liputan pas bulanan, menjadikan pengguna jalan raya enggan menggunakan kemudahan ini.

“Fokus yang tersasar ini bukan sahaja melibatkan tempat letak kereta, malah bayaran kini turut dikenakan untuk penggunaan tandas dalam bangunan tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa kira-kira 50 petak letak kereta yang sebelum ini tersedia di tingkat bawah bangunan terbabit telah dihapuskan.

Tempat letak kereta di tepi jalan yang sedia ada juga digantikan dengan batas bunga, sekali gus mengurangkan lagi jumlah ruang yang tersedia.

“Selain itu, pendudu kehilangan manfaat tempat letak kereta percuma yang sebelum ini tersedia di kawasan itu di luar waktu pejabat seperti pada waktu malam, petang Sabtu, hari Ahad dan cuti umum.

“Semua tindakan tidak munasabah ini memburukkan lagi masalah tempat letak kereta di Foh Sang dan Pusat Bornion. Keadaan ini secara aktif menghalang orang ramai daripada datang ke kawasan Foh Sang/Bornion,” dakwanya.

Beliau berkata kontrak sistem pembayaran telah dianugerahkan kepada entiti bukan dari Sabah yang berpangkalan di Kuala Lumpur.