
Sedih, Kucing Tenat Dirakam Seakan Sebut nama Allah Sebelum Hembus Nafas Terakhir
Kebanyakan pencinta kucing serta orang yang membela kucing ini sangat menyayangi kucing mereka lebih daripada segalanya.
Bahkan, ada juga yang turut menggangap bahawa kucing itu bukan hanya sekadar haiwan peliharaan, malahan sebagai ahli keluarga mereka sendiri.
Justeru, untuk melihat kucing kesayangan mereka itu jatuh sakit atau pun sedang tenat adalah suatu mimpi ngeri yang pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada tuan kucing tersebut.
Baru-baru ini, telah tular di media sosial berkenaan seekor kucing yang sedang tenat didakwa seakan menyebut nama Allah di penghujung hayatnya.
Perkongsian video tersebut telah dimuat naik oleh @annoyingcat.27 di akaun TikTok miliknya pada hari Selasa lalu.
Kucing yang dipeluk erat dalam dakapan seorang wanita itu dipercayai sedang dalam kesakitan dan nazak.
Pada awalnya kucing tersebut hanya mengiau dengan kuat sambil melihat wajah pemiliknya yang sedang mendukungnya.

Kemudian kucing tersebut dengan sayup mengiau sekali lagi seperti mengungkapkan nama Allah SWT.
Jelas kelihatan di wajah kucing berkenaan bahawa dia berada dalam kesakitan dan hanya menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhirnya.

Ramai meninggalkan komen yang kesedihan
Muat naik perkongsian tersebut telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial berkenaan. Mereka juga sempat meninggalkan komen berkenaan kucing tersebut.
Antara komen yang mendapati perhatian adalah:
“Ya Allah, sedihnya. Sakitnya nak habis nyawa,” tulis seorang netizen.
“Sakitnya bila berpisah macam ni,” tulis seorang netizen yang sedih apabila melihat video tersebut.
“Allahuakhbar, pencinta kucing sahaja yang akan memahami situasi sebegini. Kalau aku dah menitis air mata kalau jadi depan mata sendiri,” tulis seorang netizen yang kesedihan.
Baru-baru ini telah tular sebuah video menunjukkan seorang Imam tenang membelai seekor kucing yang memanjat badannya ketika sedang mengimamkan solat tarawih.
Video yang dikongsikan oleh sebuah saluran YouTube bahasa Arab mendakwa bahawa kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah masjid di Algeria.
“Seekor kucing di Algeria memanjat imam semasa solat tarawih, Maha Suci Tuhan Yang Agung,” tulis muat naik perkongsian video tersebut.
Ketika kejadian, imam tersebut didakwa sedang mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah masjid di salah sebuah negeri Algeria, Bourg Bou Arreridj.
Berdasarkan perkongsian video tersebut, dapat dilihat seekor kucing berwarna putih dan tompok oren keperangan telah memanjat imam tersebut.
Sumber: TikTok
The post Sedih, Kucing Tenat Dirakam Seakan Sebut nama Allah Sebelum Hembus Nafas Terakhir appeared first on Siakap Keli.
