“Sedih Takda Orang, Orang Tak Mari Dah..” – Pasar Siti Khadijah Kini Sepi Tiada Pelancong, Semua Pakat Pergi Hatyai?

26 Feb 2024 • 12:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan jika pelancong bercuti di negeri Kelantan, antara tempat yang ‘wajib’ singgah adalah Pasar Siti Khadijah. Dimana, pasar tersebut menjual pelbagai barangan tempatan dan mempunyai empat tingkat.

Pasar Siti Khadijah dah tak dapat sambutan?

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan suasana sunyi dan kekurangan pelanggan biarpun di musim cuti sekolah.

Peniaga tersebut meluahkan suasana di pasar berkenaan sepi disebabkan ibu bapa lebih memilih untuk bawa anak-anak pergi bercuti di Hatyai, Thailand.

Ini tengok ni. Akak ni duk menung haa, sedih lah takda orang. Orang ke Hatyai, orang tak mari dah pasar Siti Khadijah. Hatyai beribu orang

Didakwa peniaga sengaja naikkan harga

Susulan video tersebut telah meraih perhatian ramai, netizen rata-ratanya mendakwa penjual di pasar berkenaan sengaja menaikkan harga barangan pada orang luar.

Padahal jika pembeli fasih berbahasa ‘Kelantan’, penjual sedia untuk memberikan harga spesial buat individu tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Disebabkan beberapa ‘faktor’ itu, rakyat Malaysia pilih untuk bercuti bersama keluarga di Hatyai, dimana mereka merasakan jauh lebih murah serta berpendapat kerajaan Kelantan perlu promosikan pasar itu dengan lebih baik.

image is not available 3 weeks ago

"Saya Doa Dia Dapat Menantu Pemalas" - Lelaki Kelahiran Kelantan Kena 'Reject', Bakal Mentua Enggan Keturunan Pemalas