“Sedih Tengok” – Kak KM ‘Surprised’ Rantai Perut, Pakaian Anak Perempuan Pula Jadi Perhatian

25 Dec 2023 • 1:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kak km

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sering mengundang kontroversi dengan imej seksinya.

Ada je isu yang dikaitkan dengan usahawan ini sehingga namanya sentiasa menjadi perhatian ramai mengalahkan artis.

Terbaru, Liana Rosli menghadiahkan anak perempuan sulungnya Nabila Razman seutas rantai perut sempena hari jadi yang ke 20 tahun.

Dalam video yang dimuat naik, mereka sekeluarga dilihat meraikan hari jadi Nabila di sebuah restoran mewah. Kak KM kemudian memberikan kejutan rantai perut yang dipakaikan di bahagian pinggang.

Di ruangan komen perkongsian di TikTok, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen. Rata-ratanya baru tahu kewujudan ‘rantai perut’ dan menyifatkan hadiah itu sebagai ‘rare’.

Tak kurang juga yang terkejut melihat penampilan anak sulungnya yang dikatakan terlampau seksi. Nabila pada malam itu mengenakan dres pendek tanpa lengan paras paha berwarna coklat.

image is not available

image is not available

image is not available

Macam-macam hal keluarga Kak KM ni ya. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik.

Kredit: TikTok @sweetdara.kmbeauty

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.