“Sedih tengok kawan sendiri tak cakna” – Nadzmi Adhwa kecewa artis masih terima produk boikot

LocalEntertainment
2 Oct 2025 • 3:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Nadzmi Adhwa kecewa terhadap segelintir rakan artis yang masih tidak cakna soal boikot produk berkaitan Israel.

Menerusi hantaran di Insta-Story, Nadzmi yang juga merupakan suami kepada aktres Ardell Aryana menegaskan tindakan menyokong produk sedemikian hanya akan memberi sumbangan kepada kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Nadzmi Adhwa kecewa

image is not available

“Masih juga tak nak boikot tak mati kot kalau tak makan duit haram Israel tu.

“Berapa sangat tawaran untuk produk mereka yang kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu? Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang pada pembunuhan saudara kita di sana?

“Sedih lah tengok kawan-kawan dalam industri sendiri pun tak cakna,” katanya.

Untuk makluman, boikot terhadap produk berkaitan Israel giat dijalankan di Malaysia sejak tercetusnya serangan berterusan rejim zionis ke atas Palestin.

Nadzmi Adhwa kecewa

image is not available

Sekadar info, sehingga kini status Ardell Aryana yang terlibat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berada di kapal Mikeno masih belum diketahui.

Malah, nasib yang sama turut menimpa kepada sukarelawan Malaysia yang lain iaitu PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman yang menaiki kapal Estrella.

Terbaharu, jumlah aktivis Malaysia ditangkap oleh tentera rejim zionis meningkat kepada 15 orang apabila kapal Free Willy yang dilaporkan membawa Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Muhd Haikal Lugman Zulkefli dan Dr Taufiq Mohd Razif telah ditahan.

Sumber: Instagram @Nadzmi Adhwa