“Sedikit Menyesal” – Pernah Terima Tawaran, Ini Rupanya Sebab Son Sukku Enggan Muncul Dalam ‘Squid Game 1 & 2’

EntertainmentMovie
3 Jan 2025 • 10:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, timbul laporan menyatakan bahawa Son Suk-ku merupakan salah seorang pelakon yang telah menerima tawaran untuk muncul dalam musim pertama dan kedua “Squid Game” namun, dia menolaknya.

Rakan rapat pelakon itu mendedahkan sebab Son Suk-ku menolak tawaran untuk tampil dalam musim pertama,

Ketika Suk-ku bersama bekas agensinya, dia ditawarkan watak Sang-woo, yang akhirnya dilakonkan oleh Park Hae-soo. Selepas pertimbangan yang teliti, dia memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Tambahnya,

Suk-ku dan agensinya ada membaca skrip dengan penuh minat tetapi tidak menjangka drama itu akan hit besar-besaran. Selepas ‘Squid Game’ popular di seluruh dunia, pasti ada sedikit kekesalan tetapi, mereka percaya bahawa setiap watak pasti ada pelakon yang sesuai untuknya.

image is not available

Mengenai sebab Son Suk-ku enggan muncul dalam musim kedua pula,

Dia memang berminat untuk mengambil bahagian tetapi pada masa dia menerima skrip, kebanyakan watak utama telah pun dilakonkan. Pada ketika itu juga, pelakon seperti Im Si-wan dan Kang Ha-neul telah dipilih, menimbulkan kebimbangan mengenai potensi watak Son Suk-ku, masa skrin dan plot utama.

Selain itu, pelakon tersebut juga sedang komited menjalani penggambaran untuk siri Disney+ “Big Bet” pada waktu itu, menyebabkan dia tiada pilihan selain harus menolak tawaran itu sekali lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.