Sega Ingin Melancarkan Perkhidmatan Langganan Permainan Video

TechnologyGamingDigital
25 Dec 2024 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sega, salah satu syarikat terkemuka dalam arena permainan video, kini dilaporkan sedang pertimbangkan untuk melancarkan perkhidmatan penstriman permainan video mereka tersendiri. Ini sekaligus dijangka memposisikan mereka sebagai pesaing kepada Netflix, yang turut melakukan sejumlah pelaburan besar dalam arena permainan video dibawah Netflix Games.

image is not available

Selain Netflix, pengeluar konsol seperti Xbox dan PlayStation turut mempunyai penawaran mereka masing-masing yang memerlukan para pemain melakukan bayaran bulanan, dan menerima akses kepada beberapa permainan terpilih. Penerbit permainan seperti EA dan Ubisoft turut melakukan perkara sama, khusus untuk permainan yang diterbitkan mereka.

Untuk makluman, pada hari ini permainan Sega sedia ditawarkan melalui beberapa platform berbeza – dan dengan menyediakan penawaran langganan tersendiri, ia akan membolehkan Sega menjana keuntungan lebih tinggi berbanding melalui platform lain.

Dengan populariti jenama Sega kebelakangan ini, seperti melalui Sonic, tidak mustahil ia membolehkan peminatnya terus melanggan perkhidmatan Sega, dan turut memainkan IP lain dibawah mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved