Segak berbaju Melayu, tiga penyampai radio kembali bersiaran selepas sebulan digantung tugas

LocalEntertainment
7 Apr 2025 • 10:12 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tiga penyampai radio

Tiga penyampai radio Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin kembali bekerja hari ini selepas sebulan digantung tugas gara-gara isu mempersendakan agama, sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen berkenaan di laman Instagramnya, dapat dilihat Nabil, Radin dan Azad yang masing-masing segak berpakaian baju Melayu menunaikan solat subuh bersama sebelum bersiaran di konti.

Tiga penyampai radio

Instagram will load in the frontend.

“Antara benda yang geng 3 Pagi Era rindu, solat subuh berjemaah bersama-sama. Semoga persahabatan mereka terus kekal sampai syurga,” tulisnya.

Tiga penyampai radio

image is not available

image is not available

Netizen syukur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tiga penyampai tersebut kembali menceriakan pagi pendengar yang sudah lama merindui telatah serta gelagat mereka.

image is not availableimage is not available

Belajar dari kesilapan

Dalam pada itu, ada juga peminat menitipkan nasihat kepada Nabil, Radin dan Azad untuk lebih berhati-hati selepas ini dalam apa-apa tindakan dan berharap mereka belajar dari kesilapan lalu.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan tiga penyampai radio stesen swasta yang digantung tugas apabila didakwa mempersendakan agama dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Susulan kejadian tersebut, Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

Sumber: Instagram @era.je