Segelintir pengguna Instagram dakwa akaun di-ban tanpa sebab

1 Nov 2022 • 10:07 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Instagram melalui saluran komunikasi rasmi mereka mengesahkan yang terdapat masalah sedang berlaku di pihaknya. Pada 31 Oktober 2022, segelintir pengguna platform perkongsian gambar itu melaporkan yang mereka tidak dapat mengakses akaun mereka disebabkan halangan oleh Instagram tanpa sebarang sebab.

Sudah tentu ramai yang melenting lebih-lebih lagi isu tersebut terjadi pada hari Halloween yang pastinya ramai ingin berkongsikan rekaan kostum yang mereka pakai pada malam tersebut.

image is not available

Bukan setakat akaun dihalang akses, ada yang melaporkan yang mereka kehilangan pengikut dalam jumlah puluhan ribu. Contohnya, akaun Christiano Ronaldo dilapor kehilangan 3 juta pengikut dan tidak terkecuali akaun milik Instagram sendiri yang kehilangan lebih sejuta pengikut.

image is not available

Berdasarkan laman Downdetector, sebanyak maksimum 533 laporan telah dicatatkan menghampiri tengah malam 31 Oktober 2022 lalu, semuanya tertumpu di kawasan Kuala Lumpur.

image is not available

Menurut kemas kini terbaharu yang diutuskan 6 pagi hari berikutnya, Instagram mengumumkan yang mereka sedang gigih memperbetul pepijat yang melanda sebilangan akaun.

Bacaan berkaitan