Segera adakan inkues: Ronald

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata prosiding inkues yang diminta keluarga Zara Qairina Mahathir perlu diadakan segera susulan siasatan ke atas kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Ahli Parlimen Beluran itu menyifatkan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC), untuk pihak berkuasa menggali semula kubur bagi menjalani bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina, sebagai permulaan penting menepis dakwaan dan persepsi pelbagai pihak terhadap kelemahan serta kepincangan dalam siasatan awal.

Beliau berkata, perhimpunan ‘Justice for Zara’ pada Jumaat malam membuktikan solidariti dan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan buat mangsa serta keluarganya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tragedi yang menimpa Zara Qairina bukan sekadar tragedi sebuah keluarga – ia adalah ujian besar terhadap nilai keadilan, integriti dan kejujuran institusi yang terlibat dalam siasatan, termasuk Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan.