Segera bentang RUU anti lompat parti: Upko

LocalPolitics
16 Jan 2023 • 1:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pembentangan rang undang-undang anti-lompat di Sabah bukan lagi “harus” tetapi “mesti”.

Ia diluluskan di parlimen September lalu dan buat pertama kalinya memberikan kepastian dalam politik Malaysia dengan menghalang calon yang menang menukar parti. Mengikut Perjanjian Malaysia 1963, Sabah dan Sarawak perlu menerima pakai ia dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata Sabah adalah yang pertama memperkenalkan undang-undang anti-lompat tetapi selepas 1994 ia dimansuhkan. Langkah itu membolehkan Umno yang melebarkan sayapnya ke Sabah pada 1990 berikutan perbezaan dengan Parti Bersatu Sabah membentuk Kerajaan Negeri dengan bantuan ahli-ahli yang melompat parti pada 1994.