Segera bina pos keselamatan, CIQS: Andi

17 Oct 2023 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Projek pembinaan pos kawalan keselamatan di Sg Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik dan Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQS) di Kalabakan, diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin susulan pengumuman Perdana Menteri dalam Bajet 2024.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, infrastruktur itu amat diperlukan sebagai benteng kawalan dalam memastikan aktiviti sempadan dapat dipantau agar bebas daripada kegiatan menyalahi undang-undang.

“Sebagai warga yang tinggal dalam kawasan Parlimen Kalabakan, sudah pasti kita amat mengalu-alukan usaha kerajaan (untuk membina pos keselamatan dan CIQS) kerana kita sudah menyuarakan perkara ini berulang kali,” katanya.

Ini kerana, katanya, kekurangan pos kawalan dan CIQS di sempadan negara sememangnya wajar mendapat perhatian memandangkan negara jiran Indonesia mempunyai lapan pos kawalan sedangkan Sabah masih kurang daripada itu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau melihat perkembangan baharu itu bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih besar di negeri ini, sesuai perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Utara tidak lama lagi.

“Kalabakan adalah kawasan yang paling hampir dengan sempadan Indonesia dan kita harus mengambil peluang ini untuk menjana ekonomi setempat… Oleh itu, kita melihat bukan hanya CIQS yang diperlukan tetapi juga infrastruktur penghubung lain seperti jaringan jalan raya,” katanya.

Andi yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan program Sekolah@MMU Sabah 2023 di Dewan Al-Farabi, SMK Kuhara, di sini, Ahad lepas.

Hadir sama, Presidan dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Profesor Datuk Dr. Mazliham Mohd Su’ud; Pengarah Jabatan Gaya Hidup & Pengalaman Pelajar MMU, Puan Sri Kusumawati Mohd Daud; Pemangku Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Norlela Ansley dan Pengarah Program Sekolah @MMU Sabah 2023, Nur Batrisyia Mohd Nizan.

Menyentuh program itu, beliau menghargai usaha sekumpulan 35 sukarelawan digital berkemahiran tinggi bidang ICT dan digital terdiri daripada pelajar Universiti Multimedia (MMU) dari Cyberjaya berkongsi ilmu dengan 120 pelajar terpilih SMK Kuhara.

Beliau berharap perkongsian ilmu dan pendedahan awal bidang ICT oleh para mahasiswa terbabit dapat menyuntik semangat dan pengetahuan asas kepada para pelajar sekolah, bersesuaian dengan situasi perkembagan teknologi masa kini.

“MMU adalah universiti yang terkehadapan dalam bidang digital dan kesempatan ini amat baik buat pelajar-pelajar mempelajari asas ilmu ICT demi masa hadapan mereka,”katanya.

Sempena program tiga hari dua malam itu, katanya, para pelajar antara lain diberi peluang mempelajari modul-modul merangkumi elemen keusahawanan serta digital seperti penyuntingan video dan pembangunan laman web.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article